Petua Melegakan Selsema








Penyakit selesema dan resdung kadang-kadang amat mengganggu terutama bila simpton-simpton jangkitan baru nak mula. Untuk mengurangkan dan InsyaAllah menghilangkan penyakit ni.. korang ambil empat batang kulit kayu manis yang benar-benar kering, kemudian ambil periuk tumis buat kari...muhahaha...

hehe..sebenarnya ambil kulit kayu manis tu tumbuk dalam lesung tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk.
Lepas tu biar le sebatian tu kering..lepas tu lagi ambil secebis kain putih yang bersih dan benar2 putih...dan letakkan serbuk kulit kayu manis ditengah-tengahnya. Ikat seperti punjut sup....kemudian gosok-gosok kat tapak tangan korang...(kalau tapak tangan orang lain...tak pasal-pasal dapat penyakit lain plak) lepas tu hidulah.....berkali-kali (ini memang aku jamin kalau pakai hidung orang lain confirm tak lega penyakit)

Ok seperti biasa selamat mencuba,,, kalau dah tahu..sila komen kalau belum cuba dan kongsi dengan kengkawan....

No comments:

Post a Comment